Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar Melaka. Ia merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia dengan keluasannya adalah lebih kurang 54 ekar.
Zoo Melaka memiliki sekurang-kurangnya 1,200 haiwan iaitu sekitar 200 jenis spesies. Zoo Melaka mula dibuka pada tahun 1963. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Seladang Malaya, Kambing Gurun dan Harimau Malaya.
Sejajar dengan pembangunan zoo saat ini, Zoo Melaka mengamalkan konsep terbuka serta mengekalkan persekitaran hijau semula jadi. Peranan Zoo Melaka adalah sebagai pusat bagi penyelidikan hidupan liar, pemuliharaan pembiakan, pusat pendidikan zoo dan destinasi pelancongan popular.
Panduan Perjalanan
Laluan darat
Keluar di persimpangan Ayer Keroh dari Lebuh Raya Utara-Selatan. Pandu terus sehingga anda nampak papan tanda Zoo Melaka.
0 comments: