Masjid Putra
Masjid Putra berkubah merah jambu dibina dengan granit berwarna ros dan boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Dinding bawah tanah masjid ini menyerupai Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi.
Masjid ini terdiri daripada tiga kawasan fungsi utama - dewan solat, Sahn, atau halaman, dan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bilik untuk mengadakan acara. Dewan solat bergaya ringkas dan elegan, disokong oleh 12 tiang. Titik tertinggi di bawah kubah ialah 250 kaki di atas aras tanah atau dataran.
Sahn, landskap dengan beberapa hiasan unsur air dan disempadani oleh deretan tiang, memberikan ruang solat yang luas dan menyamankan serta indah.
Menaranya yang mengagumkan dipengaruhi oleh seni bina Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Pada ketinggian 116m, ia merupakan menara tertinggi di rantau ini dan memiliki lima tingkat, mewakili Lima Rukun Islam.
Panduan Perjalanan
Menaiki Bas
Parkmay (Cityliner No. 868) tiba setiap 20 minit. Laluannya ialah Sinar Kota-Komuter Serdang-Putrajaya-Cyberjaya. Sepang Omnibus (No. 536B) melalui Sepang-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya setiap 3 jam. Bas Kelang-Banting (No.131) melalui Kelang-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya setiap 2 jam. Sum Omnibus (No. 186) dari Terminal Bas Kajang, UNITEN-Putrajaya dan Cyberjaya berjalan setiap 1 - 2 jam. (Perkhidmatan bas Nadi Putra Dalaman Putrajaya tersedia dengan tambang sebanyak 50 sen bagi setiap perjalanan).
Menaiki Kereta Api
Menaiki ERL menghala lapangan terbang KLIA dari stesen Sentral KL. Express Rail Link (ERL) Laluan: KL Sentral/Bandar Tasik Putrajaya/Cyberjaya/Salak Tinggi/KLIA Kekerapan : setiap setengah jam (waktu sibuk)
setiap jam (luar waktu sibuk)
Menaiki Kereta
Cara terbaik untuk anda ialah dengan menyewa kereta atau teksi selama sehari untuk menerokai Putrajaya dengan lebih baik lagi.
Kapal Persiaran Putrajaya
Tasik Putrajaya merupakan tarikan utama kepada bandar pentadbiran ini, dan pelawat boleh menaiki kapal persiaran di atas tasik ini.
Pelawat boleh melihat pemandangan sekitar tasik yang menakjubkan di atas kapal persiaran, termasuk Masjid Putrajaya, Jambatan Putrajaya serta bangunan pentadbiran kerajaan.
Pelawat boleh memilih untuk belayar dengan bot persiaran penumpang, yang merupakan pilihan hebat di siang hari atau lebih menakjubkan di waktu malam!
Bot persiaran berhawa dingin juga memuatkan 76 penumpang dengan selesa, dan pelawat boleh melihat mercu tanda Putrajaya melalui tingkap kaca bot tersebut.
Terdapat juga bot terbuka (perahu) yang boleh digunakan untuk kumpulan pelawat kecil.
Panduan Perjalanan
Kereta/Teksi/Bas
Ia terletak 25km di selatan Kuala Lumpur dan 20km di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelancong boleh tiba ke sini menggunakan laluan ekspres, lebuh raya bandar dan laluan kereta api.
Perdana Putra
Putra Perdana merupakan Kompleks Jabatan Perdana Menteri yang menempatkan beberapa bangunan dan agensi kerajaan.
Ia terletak di atas bukit utama di Putrajaya, dan telah dibina pada tahun 1997. Bangunan di dalam kompleks ini dipengaruhi oleh seni bina Melayu, Islam dan Eropah, yang menghasilkan rupa yang unik.
Bangunan ini juga telah menjadi ikon bagi Putrajaya, dengan kubah berwarna hijau dan bangunan berwarna seakan tanah liat.
Selain daripada kompleks kerajaan, terdapat juga Masjid Putra, Dataran Putra, dan Laluan Perdana.
Panduan Perjalanan
Kereta/ Teksi atau Bas
Ia terletak 25km di selatan Kuala Lumpur dan 20km di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelancong boleh tiba ke sini menggunakan laluan ekspres, lebuh raya bandar dan laluan kereta api.
Istana Kehakiman
Istana Kehakiman atau Palace of Justice merupakan sebuah bangunan yang tersergam indah, dan menempatkan jabatan perundangan dan mahkamah.
Kompleks ini terdiri daripada bangunan lima tingkat untuk badan kehakiman dan bangunan dua tingkat untuk menempatkan mahkamah dan pejabat.
Oleh kerana kawasan ini mempunyai laman yang besar, ia sering digunakan sebagai tempat bagi acara peringkat nasional seperti Festival Citra Warna Malaysia dan banyak lagi.
Sebuah tempat yang hebat untuk fotografi di luar, dengan menara kubah yang mengagumkan sebagai titik fokus penggambaran.
Panduan Perjalanan
Kereta/ Teksi atau Bas
Ia terletak 25km di selatan Kuala Lumpur dan 20km di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelancong boleh tiba ke sini menggunakan laluan ekspres, lebuh raya bandar dan laluan kereta api.
Botanical Garden (Taman Botani)
Taman botani terbesar di Malaysia, ia meliputi kawasan seluas lebih daripada 92 hektar. Taman ini dibahagikan kepada tiga bahagian - bunga-bungaan, tumbuhan dan tujuan pemeliharaan / penyelidikan.
Buat masa ini, taman ini mempunyai lebih daripada 700 spesis tumbuhan berbunga, tumbuhan tempatan serta tumbuhan dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika.
Kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat kajian, dengan koleksi berbilang tujuan. Kanak-kanak akan teruja dengan koleksi yang banyak dan bunga-bungaan yang eksotik, dan para pendidik akan dapat melihat banyak spesis tumbuhan di pusat kajian.
Terdapat juga Pusat Tafsiran Pelawat (VIC), denai penjelajah, palm hill, taman matahari dan flora untuk pelawat yang mahu merasai pengalaman hebat dari Taman Botani.
Bawa pulang sedikit koleksi menarik dari kedai cenderamata yang menawarkan buah tangan yang mesra alam.
Panduan Perjalanan
ERL/Teksi/Kereta/Bas
TKawasan ini terletak 25km dari Kuala Lumpur dan 20km di utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengunjung boleh menggunakan Laluan Kereta Api Ekspress (ERL), kereta, teksi atau bas untuk ke destinasi di Putrajaya.
0 comments: