1. Al Hudaybiyyah Travel & Tours Sdn Bhd memberi jaminan perkara-perkara berikut adalah termasuk dalam harga pakej :
- Semua makanan, tempat lawatan dan barangan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
- Pengangkutan di anatara lapangan terbang dan barang yang boleh dibawa dalam satu-satu bagasi tidak melebihi 20kg satu orang.
2. Harga pakej yang dikemukakan tidak termasuk:
- Rokok, arak, air mineral, pakaian atau barangan lainyang semata-mata peribadi dan / atau barangan yang tidak dinyatakan di atas jadual sebagai pilihan.
- Pasport.
- Lebihan bagasi.
- Penambahan cukai lapangan terbang.
- Lawatan tambahan yang tidak dinyatakan di dalam jadual perjalanan.
- Tambahan bayaran visa bagi Jemaah bukan warganegara *jika perlu
3. Tiada bayaran balik atau pengurangan akan dibuat kepada mana-mana peserta berkenaan makanan, penginapan, “sight-seeing tour” atau apa-apa perkhidmatan lain yang dimasukkan ke dalam harga pakej tetapi tidak digunakan oelh peserta atas apa-apa sebab sekalipun.
4. Permohonan pembatalan tertakluk kepada Perkara 3.2.1 dan Perkara 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:
Perkara 3.2.1:
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pedtadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seoarang akan dikenakan.
Perkara 3.2.2
22-24 hari bekerja sebelumtarikh berlepas : Pelucutan deposit pelancongan
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 35% daripada tambang pelancongan
4-8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 50% daripada tambang pelancongan
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 75% daripada tambang pelancongan
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 100% daripada tambang pelancongan
Caj tambahan jika perlu :
Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat
Bayaran RM250 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
5. Syarikat atau ejen-ejen yang berkaitan dengannya hanya bertindak sebagai wakil bagi syarikat-syarikat ground handling, baucar dan dokumen yang dikeluarkan tertakluk kepada terma dan kontrak di mana perkhidmatan ini disediakan.
6. Setiap orang yang mengambil bahagian dalam mana-mana pakej lawatan atau percutian yang dianjurkan oleh syarikat atau ejen-ejen yang berkaitan dengannya hendaklah dianggap mempunyai risiko tertentu. Syarikat atau ejen-ejen yang berkaitan dengannya tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana orang sebagai akibat daripada yang berikut:
- Ketidaktepatan, salah perihalan atau perubahan kepada mana-mana lawatan atau jadual perjalanan.
- Tambahan perbelanjaan disebabkan oleh kelewatan atau perubahan udara atau mana-mana perkhidmatan pengangkutan, penyakit, cuaca, mogok, peperangan menyebabkan kuarantin atau lain-lain.
- Syarikat mengandaikan tiada liabiliti terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan bagasi, kesan peribadi atau kemalangan. Ia adalah tanggungjawab penumpang untuk melaksanakan insuran selain daripada apa yang disediakan oleh syarikat. Jika bagasi hilang atau rosak melalui pengabaian di pihak syarikat atau perkhidmatan atau ejen, liability maksimum setiap bagasi adalah RM200.
- Deportasi atau penolakan kemasukan ahli lawatan oleh pihak imigresen @ pihak berkuasa akibat daripada milikan barang-barang yang menyalahi undang-undang atau ejen memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau tingkah laku aktiviti-aktiviti yang dianggap sebagai subversivf oleh kerajaan asing berkenaan.
7. Syarikat atau ejen-ejen berhak untuk mengubah suai atau mengatur jadual perjalanan, menukar hotel penginapan ataupun apa jua penarikan balik perkhidmatan tertentu tanpa notis untuk menyesuaikan keadaan di lokasi lawatan jika terdapat sebarang kejadian di luar jangkaan.
8. Syarikat juga berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan yang dibuat oleh peserta pelancongan sebelum berlepas atas apa-apa sebab sekalipun. Wang yang dibayar oleh peserta lawatan dari segi yuran tempahan hendaklah dipulangkan kepada mereka.
9. Sekiranya terdapat kesukaran peserta lawatan memberikan kerjasama semasa lawatan, ketua rombongan akan bertindak atas apa yang difikirkan munasabah untuk tidak menjejaskan keseronokan , kepentingan, kesejahteraan dan keselamatan ahli-ahli pelancongan yang lain dan kelancaran lawatan itu secara umum, ketua rombongan berkenaan mempunyai budi bicara penuh dalam berurusan dengan peserta yang sedemikian walaupun keputusan yang memerlukan peserta tersebut meninggalkan kumpulan. Keputusan ketua rombongan dalam hal ini adalah muktamad dan konklusif. Syarikat tidak boleh membuat bayaran balik bagi mana-mana tempat yang belum dilawati.
10. Program lawatan & perkhidmatan beserta syarat-syarat adalah berdasarkan keadaan semasa pada masa promosi pakej dan segala perubahan akan dimaklumkan dengan / tanpa notis.
11. Tiket yang dikeluarkan adalah tiket khas yang terhad kepada syarikat tertentu sahaja tidak boleh dirunding, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dicetak semula, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh diubah destinasinya. Apa-apa perubahan pada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh penumpang adalah semata-mata atas risiko sendiri. Syarikat atau ejen-ejen yang berkaitan dengannya tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang disebabkan dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung.
12. Tanggungjawab mana-mana syarikat penerbangan yang digunakan dalam lawatan itu adalah terhad kepada yang dinytakan dalam kontrak penumpang yang dibuktikan oleh pihak syarikat penerbangan dan syarikat tidak bertanggungjawab bagi apa-apa perbuatan, peninggalan atau peristiwa semasa penumpang tidak berada di dalam pesawat mereka.
13. Maklumat dalam nota ini adalah terbaik dan diperakui sahih butirannya oleh syarikat. Syarikat tidak dapat menjamin bahawa apa-apa butiran atau ameniliti yang disebut akan sentiasa tersedia terutama jika tiada kawalan secara langsung keatas hak syarikat.