Al Hudaybiyyah Travel & Tours Sdn Bhd (KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111 / 03-80687112

Mengenai Malaysia

Mengenai Malaysia


Kenali Malaysia, cintai Malaysia. Sebuah negara berbilang kaum dan bangsa di mana masyarakat Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik yang lain hidup bersama dalam aman dan harmoni.

Kepelbagaian budaya bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ratusan perayaan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa kita gemarkan perayaan dan kehidupan bermasyarakat. Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan peramah.

Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi geografi sepertimana budayanya juga. Malaysia dibahagikan kepada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Semenanjung Malaysia dan dua negeri dan 1 wilayah persekutuan (Labuan) di Malaysia Timur.

Salah satu tarikan utama Malaysia adalah perbezaan dari segi pembangunannya yang ketara. Menara tinggi melangit membayangi rumah kayu yang dibina di atas tiang. Hotel bertaraf lima bintang berada beberapa meter sahaja daripada terumbu karang purba. Tempat tersorok yang hebat boleh dijumpai di tanah tinggi yang turun menghala ke pantai berpasir hangat serta paya bakau yang padat dan lembap.

Untuk percutian yang sempurna, pengalaman budaya yang pelbagai dan keajaiban semula jadi, sekarang waktunya untuk melawat Malaysia.

*Maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh didapati daripada portal rasmi kerajaan Malaysia, www.malaysia.gov.my.


Negara
Persekutuan Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia, serta negeri Sabah dan Sarawak di pulau Borneo.


Terletak antara 2º dan 7º ke Utara Garis Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan daripada Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia terletak negara Thailand, dan di selatan, berjiran dengan Singapura. Sabah dan Sarawak bersempadan dengan Indonesia serta Sarawak juga berkongsi sempadan dengan Brunei.


Kawasan
329,758 km persegi
Populasi
28.3 juta
Ibu Negara
Kuala Lumpur

Penduduk & Bahasa
Kaum Melayu merangkumi 57% daripada populasi, sementara kaum Cina, India dan Bumiputera serta kaum – kaum lain membentuk selebihnya penduduk negara ini.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang digunakan, tetapi Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas. Kumpulan etnik juga bertutur dalam pelbagai bahasa dan dialek. 

Matawang
Unit matawang negara adalah Ringgit Malaysia dan ditulis sebagai RM atau MYR.
Kadar pertukaran dinilaikan pada USD1 = RM3.15.
Matawang asing boleh ditukar di bank dan pengurup wang.

Cuaca
Negara ini mengalami cuaca tropika sepanjang tahun. Suhu adalah daripada 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF).
Aras lebih tinggi adalah lebih sejuk dengan suhu antara 15°C (59° F) hingga 25°C (77°F).
Hujan tahunan adalah antara 2,000mm ke 2,500mm.

Cuti Umum
Tahun Baru*, Hari Raya Aidiladha*, Hari Wilayah **, Tahun Baru Cina *, Awal Muharam*, Maulidur Rasul*, Hari Pekerja*, Wesak*, Keputeraan Sultan*, Hari Merdeka* Deepavali# Hari Raya Aidilfitri*, Krismas*

Nota:
* Cuti Umum
** Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan sahaja
# kecuali Labuan & Sarawak 

Praktikal


Masa
Lapan jam kehadapan GMT dan 16 jam ke hadapan Masa Piawai US.



Elektrik
Voltan adalah 220 - 240 Volt AC pada 50 kitar per saat. Palam dan soket segi empat 3-pin standard.



Ukuran dan Berat
Malaysia menggunakan sistem metrik untuk berat dan ukuran.


Telefon
Panggilan tempatan boleh dibuat daripada telefon awam menggunakan syiling dan kad prabayar. Panggilan antarabangsa boleh dibuat menggunakan kad telefon di mana-mana pejabat Telekom

Admin Alhudaybiyyah Travel dan Tours Sdn Bhd

Al Hudaybiyyah Travel and Tours Sdn Bhd (825831-H /KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111/03-80687112 Fax : 03-80669036

0 comments: