Al Hudaybiyyah Travel & Tours Sdn Bhd (KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111 / 03-80687112

Selangor

Batu Caves




Batu Caves merupakan satu tarikan pelancong yang menjadi ikon popular di Selangor.

Tapak sebuah kuil Hindu dan tempat suci, Batu Caves menghimpunkan beribu-ribu penganut dan pelancong, terutamanya semasa perayaan tahunan Hindu, Thaipusam.

Kawasan batu kapur yang terletak di utara Kuala Lumpur, Batu Caves mempunyai tiga gua utama yang menempatkan kuil-kuil dan tempat-tempat suci Hindu.

Tarikan utamanya adalah patung besar Dewa Hindu di pintu masuk, selain mendaki 272 anak tangga yang curam untuk melihat pemandangan kaki langit pusat bandar yang menakjubkan.

Monyet bermain-main di sekitar gua, ia sebuah tempat yang popular untuk penggemar mendaki gunung. Lukisan tuhan-tuhan Hindu juga boleh dilihat di Gua Ramayana

Batu Caves merupakan tempat yang harus anda kunjungi dalam lawatan seterusnya ke Malaysia!


Panduan Perjalanan


Menaiki kereta atau teksi

Batu Caves boleh dikunjungi dengan kereta atau teksi kerana ia terletak di sebelah lebuh raya utama MRR2 di kawasan Batu Caves.

KTM komuter

Terdapat juga perkhidmatan kereta api KTM Komuter dari KL Sentral ke Batu Caves.

Monorel dan bas

Dari KL Sentral, ambil perkhidmatan monorel ke stesen Titiwangsa. Turun di sini dan naik bas ke Batu Caves.


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah



Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam merupakan salah satu struktur yang paling menakjubkan di negara ini. Bangunan yang dikenali sebagai 'Masjid Biru', ia mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong menghampiri masjid, kubah biru yang yang sungguh mengagumkan mengalu-alukan mereka.

Hiasan kaligrafi Islam menguasai bahagian tepi sekitar kubah dan dewan solat utama, manakala seni bina ruang dalaman mempamerkan ciri-ciri reka bentuk etnik Melayu. Penapisan cahaya matahari melalui kaca berwarna biru masjid menjadikan suasana kebiruan bahagian dalamnya, menimbulkan rasa aman dan tenang.

Di luar Masjid Biru terdapat Taman Kesenian Islam, sebuah taman dengan landskap indah yang diilhamkan oleh Taman Syurga Al-Quran. Seluas 14 hektar, santuari rohaniah ini menempatkan sembilan buah galeri pameran yang mempamerkan koleksi kesenian Islam 


Panduan Perjalanan


Menaiki Kereta Api atau Teksi

Naik komuter dari KL ke stesen Shah Alam. Dari sana, naik teksi untuk ke Masjid Biru, atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Sunway Pyramid


Hanya beberapa minit dari Taman Tema Sunway Lagoon ialah Sunway Pyramid, pengalaman membeli-belah yang unik untuk pengunjung. Bermotifkan Mesir, pusat membeli-belah ini berada di dalam sebuah piramid yang besar, dengan monumen sfinks mengalu-alukan pengunjung di pintu masuknya.

Pusat membeli-belah bertemakan hiburan pertama di Malaysia, Sunway Pyramid merupakan tempat paling komprehensif di Malaysia bagi terapi membeli-belah. Asian Avenue di tingkat satu membolehkan pengunjung merasai fenomena fesyen terkini Asia. Digital Centre pula membolehkan anda menemui barangan digital terkini, sementara restoran dan cawangan makanan segera yang banyak memastikan anda dapat menambah tenaga untuk membeli-belah.

Untuk berehat, pengunjung boleh menonton filem di panggung wayang TGV, bermain boling di Sunway Mega Lanes, mencuba memanah di bawah bumbung atau memakai sepasang kasut luncur untuk bermain luncur ais di gelanggang dalaman pertama di Malaysia

Panduan Perjalanan

Kereta
Sunway Pyramid terletak di bandar Sunway di Petaling Jaya. Anda boleh pergi ke sana melalui jaringan lebuh raya (Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Ekspres Damansara-Puchong, Lebuh Ekspres Pantai Baru, dan Lebuh Ekspres KESAS) dan hanyalah 15 minit memandu dari Kuala Lumpur. Terdapat banyak tempat meletak kenderaan yang luas.

Menaiki Bas
Jika ada datang dari Kuala Lumpur (KL Sentral/Pasar Seni), naik bas Rapid KL U63 atau U67 dan berhenti di Sunway Pyramid. Terdapat banyak bas awam dari arah berlainan - tanyakan butiran dari hotel anda.

Bas Ulang-alik Percuma
Perkhidmatan bas ulang-alik percuma di sekitar Bandar Sunway beroperasi setiap 25 minit (tertakluk kepada keadaan trafik) diantara 7 pagi - 9.30 malam. Pada hari minggu dan cuti umum, ia beroperasi dari 9 pagi - 9.30 malam. Kawasan untuk menaiki bas termasuk Hotel Sunway Pyramid, Sunway Resort Hotel & Spa, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid, pintu masuk Sunway Lagoon dan Pusat Perubatan Sunway.

Menaiki Kereta Api
Naik komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan berhenti di stesen Subang Jaya. Dari sana, naik teksi untuk ke Sunway Lagoon yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Transit Aliran Ringan (LRT)
Naik kereta api Laluan Kelana Jaya dan berhenti di stesen Kelana Jaya. Dari sana, naik bas pengantara untuk ke perhentian Sunway Pyramid.


Taman Tema Sunway Lagoon



Mahukan sedikit keseronokan dalam percutian anda tanpa perlu meninggalkan bandar? Pergilah ke Sunway Lagoon, taman tema yang telah memenangi pelbagai anugerah yang terletak hanya 15 minit dari Kuala Lumpur. Di sini anda akan menemui lima taman tema berlainan di dalam satu destinasi yang mengagumkan, dengan lebih daripada 80 permainan dan tarikan untuk dipilih.

Anda boleh memilih untuk pergi ke Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem atau Taman Jeritan, atau habiskan keseluruhan hari anda dengan merasai kesemuanya. Rasai pengalaman berada di pantai berpasir untuk meluncur, jambatan gantung untuk laluan pejalan kaki terpanjang di dunia, permainan pelancar tertinggi di Asia, zoo interaktif pertama Malaysia dan laluan keluang 'flying fox' terpanjang di Asia.

Pantai Meluncur sepanjang 13,000 meter persegi ini memukul ombak setinggi 8 kaki. Ibu bapa boleh merendam kaki sementara anak-anak mereka boleh bermain pasir. Bagi mereka yang mahukan lebih pengembaraan, ambil papan luncur dan mulalah meluncur!

Tarikan lain termasuklah permainan perang paintball, berbasikal mendaki gunung, memanjat dinding, melompat bungee, go-kart, menaiki kenderaan ATV, Teater Pontianak, dan perang laser Terminator, ini hanya sebilangan daripadanya.

Sunway Lagoon secara konsisten telah diiktiraf sebagai Tarikan Terbaik Asia oleh Persatuan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA) untuk empat tahun berturut-turut (2007-2010). Sunway Lagoon ditutup setiap Selasa, kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah Malaysia.

Panduan Perjalanan


Kereta
Sunway Pyramid terletak di bandar Sunway di Petaling Jaya. Anda boleh pergi ke sana melalui jaringan lebuh raya (Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Ekspres Damansara-Puchong, Lebuh Ekspres Pantai Baru, dan Lebuh Ekspres KESAS) dan hanyalah 15 minit memandu dari Kuala Lumpur. Terdapat banyak tempat meletak kenderaan yang luas.

Menaiki Bas
Jika ada datang dari Kuala Lumpur (KL Sentral/Pasar Seni), naik bas Rapid KL U63 atau U67 dan berhenti di Sunway Pyramid. Terdapat banyak bas awam dari arah berlainan - tanyakan butiran dari hotel anda.

Bas Ulang-alik Percuma
Perkhidmatan bas ulang-alik percuma di sekitar Bandar Sunway beroperasi setiap 25 minit (tertakluk kepada keadaan trafik) diantara 7 pagi - 9.30 malam. Pada hari minggu dan cuti umum, ia beroperasi dari 9 pagi - 9.30 malam. Kawasan untuk menaiki bas termasuk Hotel Sunway Pyramid, Sunway Resort Hotel & Spa, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid, pintu masuk Sunway Lagoon dan Pusat Perubatan Sunway.

Menaiki Kereta Api
Naik komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan berhenti di stesen Subang Jaya. Dari sana, naik teksi untuk ke Sunway Lagoon yang mengambil masa kira-kira 15 minit.


Transit Aliran Ringan (LRT)
Naik kereta api Laluan Kelana Jaya dan berhenti di stesen Kelana Jaya. Dari sana, naik bas pengantara untuk ke perhentian Sunway Pyramid.




i-City



i-City yang terletak di Shah Alam, Selangor dikenali sebagai bandar lampu digital. Ia diiktiraf sebagai destinasi pelancongan 'lightscape' pertama di Malaysia dengan mempamerkan teknologi LED terkini yang canggih.

Bandar digital yang merangkumi jalan-jalan membeli-belah yang bergaya dan dilengkapi dengan taman tema untuk melayani pengunjung yang mencari tempat untuk bersantai.

Bandar cahaya ini menempatkan infrastruktur berteknologi tinggi yang membolehkan paparan unik lampu digital. Tempat tarikan tersebut terletak di CityPark dan CityWalk.

Anda boleh berehat di taman, melihat arca indah dan merasai pengalaman dunia baru dengan pameran lampu yang mempesonakan. Ia sesuai untuk seisi keluarga.

Bawalah kamera untuk mengambil foto paparan cahaya yang indah dan megah. Ia benar-benar magik


Panduan Perjalanan


Menaiki Kereta

Dari PJ / KL, gunakan Lebuh Raya Persekutuan menghala ke arah Shah Alam. Keluar di Stesen Tol Batu Tiga, cari stesen minyak BP yang pertama anda lihat. Kemudian belok kiri di UiTM / papan tanda i-City. Seterusnya pandu sehingga anda tiba di lampu isyarat dan belok kanan. Pandu di sebelah kiri jalan sehingga anda melihat stesen Shell gas dan KFC sebelum lampu isyarat. UiTM akan di sebelah kanan anda. Belok kiri sebelum lampu isyarat, kemudian terus sehingga anda sampai ke satu simpang-T kemudian belok kiri. Apabila anda lihat bola krom belok kiri dan kiri lagi, dan anda akan sampai ke i-City

Admin Alhudaybiyyah Travel dan Tours Sdn Bhd

Al Hudaybiyyah Travel and Tours Sdn Bhd (825831-H /KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111/03-80687112 Fax : 03-80669036

0 comments: