Al Hudaybiyyah Travel & Tours Sdn Bhd (KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111 / 03-80687112

Permohonan Visa Umrah



SYARAT – SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2013/2014
  1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
  2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
  3. Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.
BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN/LELAKI BAWAH 18 TAHUN:

PERGI BERSAMA MAHRAM
  • Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin. (COP JAB.AGAMA & WISMA PUTRA)
  • Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Bagi wanita yang bermahramkan adik – beradik lelaki - Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua). (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (COP JPN & WISMA PUTRA)
MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG BELUM KAHWIN)
  • LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  • Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  • Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI(YANG SUDAH BERKAHWIN)
  • LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA
  • Salinan sijil nikah(COP JAWI & WISMA PUTRA)
  • Salinan kad pengenalan suami (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Salinan surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  • Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
MAHRAM BERSAMA BAPA SAUDARA(SEBELAH BAPA)
  • LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  • Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT(bin dengan nama bapa angkat)
  • Salinan Surat pengambilan anak angkat( COP WISMA PUTRA)
  • Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT(bin dengan nama lain)
  • Salinan Surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)
  • Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • Salinan surat perintah mahkamah (WISMA PUTRA)
KEMASKINI 18 FEB 2014

MAKLUMAN:
  • PASPORT SEMENTARA(BERWARNA COKLAT)- hanya boleh daftar pakej untuk umrah direct sahaja(SV,MH & AIR ASIA).
  • TIDAK SAH UNTUK PAKEJ UMRAH TRANSIT DAN ZIARAH(ISTANBUL, MESIR, OMAN,JORDAN, BAITULMAQDIS,LONDON,PARIS, SPAIN, MOROCCO & ABU DHABI)
BAGI MUALLAF YANG PERGI BERSAMA SUAMI/ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG.
  • Salinan kad/surat memeluk agama islam
  • Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya. (COP JPN & WISMA PUTRA)
BAGI WARGANEGARA ASING :
  • Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan kad pengenalan.
  • Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
  • Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap – tiap majikan.
  • Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada majikan tempat mereka bekerja
Jika pasport indonesia/thailand/filipina/pakistan SUAMI ISTERI memiliki permaustautin tetap(PR) salinan sijil nikah(luar dari malaysia) perlu diendorsed di kedutaan & wisma putra.

NOTA :
  • SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.
  • SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK AGENSI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA
Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia: 

Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

Admin Alhudaybiyyah Travel dan Tours Sdn Bhd

Al Hudaybiyyah Travel and Tours Sdn Bhd (825831-H /KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111/03-80687112 Fax : 03-80669036

0 comments: