Bukit St. Paul (A'Famosa)
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu yang menghadap sungai, iaitu A'Famosa. Melaka adalah pusat perebutan antara kuasa-kuasa besar pada masa itu, dan mengalami ancaman serangan berterusan, sehingga kubu A'Famosa berada dalam keadaan kritikal ketika Portugal mengekalkan tapak penjajahannya di Timur.
Di sebalik dinding kubu terdapat terdapat rumah-rumah dan beberapa kedai makanan, istana, bilik mesyuarat bagi Ahli Majlis Portugis dan lima buah gereja. Serangan dari Belanda selama tujuh bulan telah memusnahkan hampir keseluruhan kubu, dan tinggalan yang masih kekal hingga hari ini ialah pintu masuk dan struktur sebuah gereja di atas bukit.
Kunjungilah Bukit St. Paul pada lewat petang yang dingin dan bersiar-siar di sekitar kawasan tinggalan sejarah ini. Di sini, anda hampir dapat membayangkan kegemilangan dan misteri Portugis bertahun-tahun dahulu...
Panduan Perjalanan
Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Lokasi Bukit St. Paul yang strategik di tengah-tengah bandar memudahkan lagi pengunjung jika menginap di bandar Melaka.
Stadthuys
Telah dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya, Stadthuys adalah contoh terbaik seni bina Belanda pada zaman itu. Ia dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur.
Satu contoh yang baik bagi seni bina penjajah Belanda, bangunan ini kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi.
Antara yang dipamerkan ialah beberapa pakaian tradisional pengantin dan barang-barang peninggalan dari sejarah Negeri Melaka sepanjang 400 tahun. Kedua-dua muzium disediakan dan memberikan penjelasan terperinci bagaimana pakaian dan peninggalan ini memainkan peranan pada zaman kegemilangan Negeri Melaka suatu masa dahulu.
Panduan Perjalanan
Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Stadhuys berada di tengah-tengah Melaka lama. Jika anda temui Jalan Kota, anda pasti tidak akan terlepas bangunan besar berwarna merah ini.
Pelayaran Sungai Melaka
Sungai merupakan jalan air utama bagi perdagangan di Melaka semasa zaman kegemilangannya dahulu, yang sibuk dengan pedagang yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Sesetengah bangunan usang yang ada pada zaman itu masih teguh, kelihatan hebat dan megah di sepanjang sungai, yangmerentasi desa lama, atau kampung, dan bangunan zaman moden.
Perjalanan menaiki kapal persiaran selama 45 minit yang diiringi dengan ulasan yang menghiburkan serta bermaklumat. Dengan bayaran hanya RM8*ia sungguh berbaloi. Lihatlah sebahagian daripada sejarah Melaka, belajar sejarah secara percuma, tidak perlu bersusah-payah! * harga tertakluk pada perubahan
Panduan Perjalanan
Menaiki Teksi dan Bot
Lokasi Melaka River Cruise di tengah-tengah bandar menjadikannya amat mudah bagi pengunjung untuk ke sini jika anda tinggal di bandar Melaka.
Menara Taming Sari
Para pengunjung berpeluang menyaksikan kawasan bersejarah negeri Melaka yang menarik pada ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari. Keindahan selat Melaka yang luas dan pembangunan yang pesat di bandar Melaka, pasti menjadikan lawatan anda penuh dengan memori indah yang tidak akan dapat dilupakan.
Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka ini telah dibuka pada 18 April 2008. Menara setinggi 110 meter ini direka berinspirasikan lagenda Keris Taming Sari.
Menara Taming Sari merupakan yang pertama di negara kita yang mempunyai struktur berpusing sepenuhnya. Kabin berhawa dingin yang selesa buat pengunjung boleh memuatkan 66 orang bagi satu masa.
Panduan Perjalanan
Berjalan Kaki/Beca/Teksi
Menara Taming Sari terletak di tengah-tengah Banda Hilir, Melaka dan lokasinya yang strategik memudahkan pengunjung untuk pergi ke sini, walau di mana sahaja anda menginap sepanjang berada di bandar Melaka.
Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN
Taman kebudayaan, Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di luar bandar Melaka, berhampiran bandar Ayer Keroh. Jika anda mempunyai minat dalam seni bina tradisional dan sukakan cara hidup sebegini, ini adalah tempat yang hebat dan paling sesuai untuk diterokai. Setiap rumah mewakili gaya seni bina 13 buah negeri di Malaysia dan dilengkapi dengan pelbagai barangan, seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya setiap negeri.
Di dalam setiap rumah, anda boleh melihat sendiri pelbagai jenis kraftangan tulen yang halus buatannya berasal dari setiap negeri atau daerah. Patung-patung yang menyerupai kehidupan sebenar ditempatkan dalam setiap rumah, untuk menjadikannya kelihatan menarik, pakaian tradisional turut dipakaikan pada patung- patung hiasan yang terdapat di rumah- rumah tersebut.
Antara tarikan lain di taman ini termasuklah persembahan kebudayaan yang diadakan secara mingguan dan bermacam jenis permainan tradisional. Pada asasnya, ini adalah peluang untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia. Ia adalah kawasan persinggahan yang boleh menenangkan fikiran dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar Melaka yang berdekatan.
Panduan Perjalanan
Menaiki Bas, Kereta Sewa atau Teksi
Keluar di persimpangan Ayer Keroh dari Lebuh Raya Utara-Selatan. Pandu terus sehingga anda melihat Taman Rama-Rama di sebelah kiri anda. Untuk sampai ke taman ini, anda perlu mengambil simpang utama yang kedua di sebelah kiri anda dari jalan utama Ayer Keroh.
Kubu St. John
Dibina semula oleh Portugis pada kurun ke-18, Kubu St. John dahulunya merupakan gereja peribadi Portugis yang didedikasikan kepada Pembaptis St. John.
Kubu ini mempunyai ciri yang menarik iaitu beberapa buah meriam menghadap ke daratan, kerana pada waktu itu, serangan ke atas Melaka datang dari dalam bukan dari laut.
Satu lagi tarikan buat pengunjung ialah pemandangan dari atas bukit di mana Kubu St. John berada, terutamanya semasa matahari terbenam.
Panduan Perjalanan
Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Kubu St. John agak jauh dari bandar. Jika anda menuju keluar dari bandar di Jalan Parameswara, pergi ke Jalan Hujung Pasir. Belok kiri ke Jalan Bukit Senjuang. Kubu ini berada di kiri anda.
0 comments: