Al Hudaybiyyah Travel & Tours Sdn Bhd (KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111 / 03-80687112

Melaka City Archaeological Excavation Site , Melaka

Melaka City Archaeological Excavation Site , Melaka




Kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di Taman Permainan Kanak-kanak bermula pada 1hb Jun hingga 30hb Jun 2010. Tapak ini terletak di Jalan Kota bersebelahan Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah/Trafik. Kawasan ini dipilih adalah bertujuan untuk mengesan jajaran tembok kota dari Bastion Fredrick Hendrick ke Bastion Santiago berdasarkan lakaran pelan kota zaman Portugis tahun 1588 dan zaman Belanda 1792.

Kerja-kerja ekskavasi dilakukan mengikut metodologi arkeologi yang dibuat secara manual dan bersistematik. Ekskavasi yang dijalankan di sini berjaya mendedahkan jajaran tembok kota yang dibina dengan menggunakan blok batu laterit yang disusun rapi dengan teguh oleh Portugis kemudiannya diperkukuhkan oleh Belanda. Walau bagaimanapun, setelah Inggeris berjaya menakluki Melaka mereka telah meruntuhkan kembali kota tersebut. 

Selain dari struktur tembok kota, Longkang asal Kota Melaka turut ditemui di tapak ini. Bentuk longkang tersebut empat persegi berukuran 40cm x 60cm yang dibina menggunakan batu laterit. Artifak-artifak lain ditemui di tapak ini terutamanya pecahan porselin Cina (Dinasti Ming dan Ching), stoneware, batu belanda, tembikar tanah, tulang haiwan, bahan besi dan sebagainya. Walau bagaimana pun semua artifak yang ditemui di tapak ini tidak insitu kerana tanah di kawasan ini merupakan tanah tambak semasa era British.



Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Perjalanan ke Melaka dari Kuala Lumpur menggunakan lebuh raya Utara - Selatan, hanya memakan masa dua jam. Di bandaraya Melaka, tapak ini terletak di Jalan Kota, bersebelahan Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah/Trafik.


Admin Alhudaybiyyah Travel dan Tours Sdn Bhd

Al Hudaybiyyah Travel and Tours Sdn Bhd (825831-H /KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111/03-80687112 Fax : 03-80669036

0 comments: