Al Hudaybiyyah Travel & Tours Sdn Bhd (KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111 / 03-80687112

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor



FRIM menawarkan pengalaman kembali ke alam semula jadi dan masih kekal sebagai sebuah perkampungan Orang Asli lama. Air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan ini menambahkan lagi suasana tenang di landskap yang kaya ini.

Terdapat empat laluan trek hutan: Denai Keruing, Trek Rover, Denai Engkabang dan Denai Salleh, semuanya akan membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.

Laluan Kanopi yang terletak 30m di atas tanah, menawarkan sudut pandangan yang sempurna untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika. Mereka yang berminat untuk mencuba laluan ini harus menempah terlebih dahulu kerana bilangan orang yang dibenarkan berjalan di titian kanopi ini setiap hari, adalah terhad kepada 250 orang.

Di FRIM, kemudahan perkhemahan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.



Panduan Perjalanan

Laluan Darat
FRIM terletak di sepanjang Lebuh Raya Selayang-Kepong, 16 kilometer barat laut Kuala Lumpur.

Menaiki Kereta Api
Terdapat dua cara untuk sampai ke FRIM melalui pengangkutan awam. Pertama, anda boleh menaiki Komuter KTM ke Rawang dari Stesen Keretapi KL dan keluar di Kepong. Anda boleh dengan mudah mendapatkan teksi ke FRIM di stesen keretapi KTM di Kepong.

Menaiki Bas
Pilihan lain adalah menaiki bas dari perhentian bas Pasar Seni, menuju terus ke FRIM.

Admin Alhudaybiyyah Travel dan Tours Sdn Bhd

Al Hudaybiyyah Travel and Tours Sdn Bhd (825831-H /KPK/LN:7276) Tel : 03-80607111/03-80687112 Fax : 03-80669036

0 comments: