Terdapat
banyak yang ingin dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands, pusat
peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Berjalan-jalan melalui
kampung-kampung kecil yang indah, lawatan ke taman rama-rama, ladang
strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas serta menikmati
makan malam di tempat penginapan ala Tudor; banyak sekali aktiviti
menarik di sini untuk anda dan sekeluarga.
Satu lagi
aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada
tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini
mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan
lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari
haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga
merupakan antara aktiviti popular di sini.
Terletak
1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa
pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala
Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda
yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari
satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma
perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur.
Panduan Perjalanan
Laluan Darat
Cameron Highlands dihubungi melalui Tapah atau
lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur,
jalan keluar Simpang Pulai mengambil masa tambahan 45 minit untuk sampai
di utara Tapah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan di
sepanjang laluan ini adalah lebih lancar, berbanding laluan dari Tapah.
Menaiki Bas atau Teksi
Perkhidmatan
bas dan teksi boleh didapati dari Terminal Puduraya di Kuala Lumpur dan
perjalanan akan membawa anda ke Tanah Rata. Pilihan lain, menaiki
kereta api ke Tapah dan kemudian meneruskan perjalanan anda dengan
menaiki teksi atau bas.
0 comments: