Pemandangan
indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah perkampungan desa
kecil Bukit Fraser. Pada ketinggian 1524 meter di atas paras laut,
peranginan tanah tinggi ini adalah syurga aktivis alam semula jadi yang
menawarkan tumbuhan yang tidak terkira banyaknya, termasuklah berbagai
spesis burung dan haiwan.
Tempat ini sangat popular
bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi
seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan
juga perkhemahan.
Akses ke Bukit Fraser hanya didapati
dengan jalan melalui 'The Gap' pada tapak resort. Setelah melalui 'The
Gap' dan masuk ke Bukit Fraser, anda akan berasa seolah-olah anda telah
kembali ke zaman silam.
Bukit Fraser menyerupai suasana
kampung di pedalaman negara Scotland dengan rekaan bangunan Tudor,
menghiasi sepanjang landskap. Pekan ini agak kecil, dengan banyak
aktiviti yang bertumpu di sini, iaitu di sebuah dataran yang terdapat
tarikan menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini telah
ditempatkan di dalam bangunan-bangunan zaman penjajahan Inggeris.
Dianggap
sebagai salah satu lokasi terulung di Malaysia untuk memerhati burung,
resort bukit ini menjadi tuan rumah bagi acara tahunan memerhati burung
peringkat antarabangsa . Pertandingan memerhati burung memerlukan
pemerhati berlawan dari segi masa atau tempoh yang diambil peserta dalam
mengesan sebanyak mungkin spesis burung yang melalui laluan resort.
Anda
boleh menikmati pelbagai aktiviti santai di Bukit Fraser. Termasuklah
main permainan golf di Fraser Hill Golf Club atau pergi memancing (hanya
untuk menangkap dan melepaskan semula) dan berperahu di Allans' Water,
berjalan-jalan di sepanjang kebanyakan taman-taman bunga dan taman-taman
yang indah atau rasai kesejukan air di kawasan air terjun Jeriau.
Panduan Perjalanan
Menaiki Keretapi
Terdapat perkhidmatan kereta api komuter
dari Kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bharu. Dari Kuala Kubu Baru pula, anda
boleh mengambil teksi untuk pergi ke Bukit Fraser.
Laluan Darat
Dari
Jalan Kuala Kubu Baru , iaitu jalan sehala yang menuju ke bukit. Anda
perlu memandu sejauh lapan kilometer mendaki bukit dengan jalan yang
berliu-liku, lalu lintas dikawal 06:30-07:00 pagi untuk keselamatan
pengunjung.
Bagi yang memandu sendiri ke sini, anda
boleh melalui laluan Bentong - Tranum - Tras - Bukit Fraser. Melalui
laluan ini, anda akan lihat banyak gerai durian (bermusim) di sepanjang
jalan dan boleh merasai sendiri kelazatan Durian Raub yang popular.
0 comments: